السلام عليکم

pa habaq semua ex-form 6 republic of Mashooreans Penang.. Disebabkan semua dah bertebaran kesarata dunia, so aku rasa dunia maya ni lah antara platform tebaik untuk kita sentiasa keep in touch even it's impossible. Ada antara kita masih berjumpa sampai sekarang dan ada yang terus teputus hubungan dan bawak haluan masing-masing. Maybe disebabkan oleh komitmen.Blog nie untuk kita semua ex-Form 6 kat SMKA AlMashoor (L) Penang tak kira lah geng STPM 2000 or STPM 2001, yang tak sempat ambik STPM pun termasuk skali or member2 lain yang penah hidup dalam zaman kami (Form 5 & 4, The Real BTP). So kalau hangpa ada apa nak bgtau, update perkembangan terbaru, jemput kenduri, hebahan umum, nak promo or kongsi bisnes, nak contact details or apa saja yg boleh diterima akal.. sila lah email ke.. mashooreansform6y2k@gmail.com

Lead of The Real BTP

>> Sunday 16 August 2009

السلام عليکم

*** sorry la.. ni laa the best pic terbaru dia yang aku dapat amik.. pasai hari tu pun kalut masing2 ada kheja..

Bertemu lagi semua.. kali ni aku nak just update posting aku yang sepatutnya aku wat 2 minggu lepas.. Namun disebabkan oleh kekangan masa dan tanggungjawab, hari ni baru la ada kelapangan skit.. kebetulan plak aku tak balik kampung minggu nie..
k.. last 2 weeks aku ada pergi Putrajaya sbb adik aku yang dok USIM to konvo.. So takdak orang lain la kalau p USIM wakil kita yang ada ialah Abg Wan kita..

[lately i'm notice that not only geng kalabumalami ja yang baca bolg kita nie.. ada junior belapis-lapis bawah kita pun dok baca gak] WELCOME!!!

so bila dah ada orang lain baca, kena la xplaint skit sapa la bang Wan kita ni..

Dia nie dulu sekampung ngan admin blog ni.aku la tue appa ra. pedidikan awal di Tadika orang putih, pastu khatam pengajian rendah di Sekolah Kebangsaan Khir Johari Perai Pulau Pinang. (masa darjah tiga dia jadi ketua darjah.. aku ingat lagi ada satu masa tu cikgu ada meeting.. ada laa sorang member aku ni nama dia Nasri, hingaq @ bahasa buku dia bising.. ketua darjah kita memang dah semacam dah aku tengok muka dia.. TIBA TIBA satu bendasing berat dia ada laa dalam 300 gram kot terbang melintasi kawan kawan lain then terus hinggap di dahi mamat nasri.. sikit ja lagi nak kena mata.. pastu nasri tu mula la karaoke waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku habaq kat ayah aku.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... hangpa tau dak menatang tu pa dia.. PEMBARIS BESI saiz dewasa.. pergh.. gila betoi.. umoq 9 thn buat aksi ngeri.. ha ha ha.. yang best dia buleh buat muka selamba.... then dia kena panggil p pejabat.. kalau tak silap aku dia kena tolong kemas pejabat kot sbb waktu tu guru pangkat paling tinggi yang ada Cikgu Mohd Noor kalau tak silap.. Penolong kanan..

Pastu dia sambung p la kita punya markas di Al mashoor (L) Pulau Pinang. . sepanjang tingkatan 1 smp tingkatan 5 dia kat sekolah tu aku tak berapa tau sgt la aktiviti ngeri dia tapi ada la aku dengaq2 bebrapa aksi ngeri dia pasai aku pun dah skolah lein.. cuma ada satu perkara yang aku ingat masa aku balik cuti dari asrama aku dpt tau kata dia patah tangan.accident... selang bebarapa minggu tu aku balik cuti mak aku bgtau kata bang wan kita ni accident.. aku pun balas la kat mak aku " tau dah dia accident patah tangan".. mak aku pun sengih ja.. ni dialog mak aku "tu dulu.. la patah kaki accident di penang, pi la tengok dia".. hangpa NGERI dak?? pergh lagi brapa bulan ja lagi nak es pi em tu.. mmm tapi disebabkan dia nie cerdik dia dapat gak pagkat 1 (aliran sains tueee). masa PMR 8A 1B (B tu sejarah pasai tak hantaq folio) he he he kami yang hantaq folio nie pun tak dapat A..

Disebabkan minat dia yang mendalam dlm bidang agama nie.. dia just sambung Form 6 kat almashoor (L) nie.. so antara geng kalabulmalami nie dia lah dia lah yang paling berkarat skali pasai dari form 1 sampai form 6 di Al-Mashoor (L).. di sebabkan ini lah kami semua mengelarkan dia THE REAL BTP merangkap lead ketika itu.. mmm kalau nak crita aksi ngeri dia waktu nie.. memang panjang gila.. so dipendekan crita... dia dapat tawaran masuk ke USIM (masa tu masih lagi KUIM).. aku ingat lagi dia penah kata kat aku.. aku bersyukur gila la dapat masuk kuim dgn result STPM aku ni.. so aku takkan sia-sia kan peluang nie (ayat dan intonasi dia aku ubah skit pasai aku pun tak brapa ingat tapi maksud dia masih jelas) untuk junior2 sekalian abang Wan kita ni tak dapat 4 Prinsipal tau.. dia penah p ngaji di semanggoi nak ngulang STPM sebelum dapat tawaran KUIM..

So Disebabkan dia kotakan kata-kata dia.. dia dapat anugerah dekan setiap semester sampai la dia graduate pun dengan anugerah pelajar Diraja... ni lah dia Lead of The Real BTP.. Pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia

Wan Mohd. Fazrul Azdi Wan Razali
B.A (USIM), M.A (IIUM)
Telephone:06-798 8203 ext: 8278
Fax :06-798 8244
Email : wmfazrul@usim.edu.my
*** dah kahwin anak sorang ... Wan Adam Ramdhan bin
Wan Mohd. Fazrul Azdi

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP