السلام عليکم

pa habaq semua ex-form 6 republic of Mashooreans Penang.. Disebabkan semua dah bertebaran kesarata dunia, so aku rasa dunia maya ni lah antara platform tebaik untuk kita sentiasa keep in touch even it's impossible. Ada antara kita masih berjumpa sampai sekarang dan ada yang terus teputus hubungan dan bawak haluan masing-masing. Maybe disebabkan oleh komitmen.Blog nie untuk kita semua ex-Form 6 kat SMKA AlMashoor (L) Penang tak kira lah geng STPM 2000 or STPM 2001, yang tak sempat ambik STPM pun termasuk skali or member2 lain yang penah hidup dalam zaman kami (Form 5 & 4, The Real BTP). So kalau hangpa ada apa nak bgtau, update perkembangan terbaru, jemput kenduri, hebahan umum, nak promo or kongsi bisnes, nak contact details or apa saja yg boleh diterima akal.. sila lah email ke.. mashooreansform6y2k@gmail.com

Bersama Semula...

>> Tuesday 9 February 2010

السلام عليکم


sebenarnya dah lama dah aku nak boh video ni tapi disebabkan ada diantara kita yg berlainan ideologi dlm meminati jenis music so aku buat tak tau dulu.. tp lepas aku pikiaq balik takpa la hangpa tgk lirik n dgq lagu dia dah la...

nice...





Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
tapi sayang semuanya tinggal kenangan.


teman ku, kasihku,
ku ingin seperti dulu,
bersama menjelajah dunia.


kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan.


aku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudah

c/o:
kemananya
teman setia
perjuangan…
ku ingin kau semua…
bersama semula…

(ulang c/o)

Read more...

Its Now Officially Launched

>> Monday 18 January 2010

السلام عليکم
































Ni hasil nukilan sahabat kita abg Ajun @ Wan @ Fazrul @ Azdi..
So sapa-sapa yang berminat untuk memiliki buku ni silalah berhubung terus penulis sendiri melalui email beliau
wmfazrul26@yahoo.com
@
USIM's Publisher...
Islamic Sciences University Of Malaysia
71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Tel: 60-7988226 Fax:067986083
www.usim.edu.my

also available in National Library of Malaysia
:hangpa boleh search kat komputer kat sana
ISBN 978-967-5295-15-7
or search Greertz, Clifford @ Religion @ Religion and Sociology. I. Tittle. 200
______________________

kalau hangpa order direct dengan dia exclusive skit.. dapat tandatangan cam yang ku dapat..
RM25 (tidak termasuk Pos)

Read more...

Abang Joe - Selamat Pengantin Baru

السلام عليکم


Bertemu lagi, pertama skali pihak admin mohon maaf sgt2 sebab lama tak update blog.. maklumla hujung tahun sibuk skit.. dgn anak skolahnya menikah nya, kenduri sana sini.. mcm mcm.. apa pun ada beberapa crita dan peristiwa yang aku nak kongsi..

Tahun : 1999
Lokasi : Asrama SMKA Al-Mashoor (L) Penang..
Masa : Diantara jam 1pagi - 3 pagi..

Suatu malam yang hening, aku sedang lena dibuai mimpi indah setelah supper aku dah bertukar dari biskut dan ayaq milo ke seketul pepejal yang pasti akan ku buang pada waktu subuh nanti.. mimpi2 indah melintasi fikiran ku satu persatu.. indah berseri-berseri..
Tiba-tiba.. kudengar seperti katil ku diketuk dari bawah (katil asrama kerajaan malaysia 2 tingkat, aku dok ataih).. lalu...
Budak Katil Bawah:" bang tolong, bang tolong ada hantu"....
Aku:"hoh, astaghfirullahalazim, tak pa takpa jangan takut"....
(lantas aku mengumandangkan AZAN, tapi pasal apa bunyi azan tu rangkap seterusnya mcm takbir Raya)
Aku: "ok, ok jgn takut.. kita baca doa sama sama"...
(lantas kedua-dua Orang Kena Kacau membacakan ayat kursi bersama-sama)
Disebabkan hantu ni memang lahanat punya hantu, dia tak terbakar atau pun lari. Lalu..
Aku:"uih, kita baca salah kot, sebab tu hantu ni tak lari lagi".....
Tiba-tiba kedengaran suara-suara lain yang berdekah-dekah ketawa..
Oh rupanya Aku kena main daa....

Bagi pihak rakan2 sebenarnya suspect utama adalah budak bawah katil aku.. tapi entah macam mana dia buleh pi ketuk katil aku..
Aku adalah seperti gambar dibawah... he he baru kawin..


attached gambar2 beberapa shabat yg sempat menghadiri kenduri beliau..



















Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP