السلام عليکم

pa habaq semua ex-form 6 republic of Mashooreans Penang.. Disebabkan semua dah bertebaran kesarata dunia, so aku rasa dunia maya ni lah antara platform tebaik untuk kita sentiasa keep in touch even it's impossible. Ada antara kita masih berjumpa sampai sekarang dan ada yang terus teputus hubungan dan bawak haluan masing-masing. Maybe disebabkan oleh komitmen.Blog nie untuk kita semua ex-Form 6 kat SMKA AlMashoor (L) Penang tak kira lah geng STPM 2000 or STPM 2001, yang tak sempat ambik STPM pun termasuk skali or member2 lain yang penah hidup dalam zaman kami (Form 5 & 4, The Real BTP). So kalau hangpa ada apa nak bgtau, update perkembangan terbaru, jemput kenduri, hebahan umum, nak promo or kongsi bisnes, nak contact details or apa saja yg boleh diterima akal.. sila lah email ke.. mashooreansform6y2k@gmail.com

Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

The Star is shining Again!

>> Tuesday, 5 April 2011


Tu dia setelah sekian lama tak update, dah melebihi setahun hu hu hu.. (ni semua sopijoe.blogspot.com punya pasai).. aku dah terjumpa balik dia punya admin password..


Nantikan kemunculan semula sedikit masa lagi wokey!!!!

mashooreansform6y2k@gmail.com

Read more...

Bersama Semula...

>> Tuesday, 9 February 2010

السلام عليکم


sebenarnya dah lama dah aku nak boh video ni tapi disebabkan ada diantara kita yg berlainan ideologi dlm meminati jenis music so aku buat tak tau dulu.. tp lepas aku pikiaq balik takpa la hangpa tgk lirik n dgq lagu dia dah la...

nice...





Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
tapi sayang semuanya tinggal kenangan.


teman ku, kasihku,
ku ingin seperti dulu,
bersama menjelajah dunia.


kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan.


aku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudah

c/o:
kemananya
teman setia
perjuangan…
ku ingin kau semua…
bersama semula…

(ulang c/o)

Read more...

The Modern Study of Religion - A Preliminary Survey on Clifford Geertz

>> Thursday, 3 December 2009

السلام عليکم


Hai semua, amboi lama sungguh tak membaut coretan... biasa la, masa dan rutin harian yang tidak mengizinkan..

apa pun hari nie aku curi masa sarapan aku skit untuk update blog ni.. dan maybe semasa aku menulis, ada ilham yang bole aku aku kongsi sebagai sorotan coretan sepanjang bulan November lepas..


ok, baru-baru ni aku dapat maklumat dari sahabat kita yang mana Tok We kita akhirnya dah berjaya menyiapkan buku kajian ilmiah tulisan beliau sendiri dan kini dalam proses penerbitan. tahun lepas masa aku pi pesta buku kat PWTC aku dan pun jumpak buku Tok We ni kat pameran buku di booth Universiti Sains Islam Malaysia.. tapi waktu tu dia dan team USIM.. tp kali nie kompom memang dia sorang.. [check out kulit buku dia kat bawah]

mula-mula aku tengok tajuk dia pun aku dah gelek kepala sambil berkata "apa la yang dia ni tulis" tak paham aku, tapi bila baca sinopsis dia mmm baru aku boleh agak apa yang dia nak crita sebenarnya.. so dari situ dah timbul perasan ingin tahu.. oleh hal yang demikian Tok We jangan lupa che nak sebuah noo..

Apa pun Syabas di ucapkan pada Abe We kita..

Kepada sesiapa yang mahu memiliki buku tersebut boleh lah mengubungi penulis sendiri atau pihak USIM untuk keterangan lanjut..














Read more...

JAWATAN KOSONG

>> Tuesday, 17 November 2009

السلام عليکم


Ada job... hebah-hebahkan la noo....


Pegawai Agama (Eksekutif Kanan)

Syarat Lantikan:
• Ijazah dalam bidang Pengajian Islam/Syariah Islamiah atau yang setaraf dengannya
• Minima 5 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan
• Boleh berkomunikasi dengan baik
• Mahir berceramah dan boleh bekerja secara berdikari dengan pengawasan yang minima
• Mempunyai lesen memandu kelas D yang sah

Interested candidates who wish to join Puncak Niaga (M) Sdn Bhd are invited to write in, and submit a detailed resume stating qualification and experience, Identity Card Number (for Malaysians) or Passport Number/Nationality, present and expected salary, contact details and recent passport-sized photograph to:

The Human Resource and Administration Division
Puncak Niaga (M) Sdn Bhd
Wisma Rozali
Level 2,
No. 4, Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Telephone: 03 - 5522 8589
Fax: 03 - 5519 7575
E-mail to: hrm@puncakniaga.com.my

Close date : 28/11/09
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Click here





Read more...

Dah Lama Dahhh....

>> Monday, 26 October 2009

السلام عليکم
Apa habaq semua.. amboi noo Dah Lama Dahhh tak update blog ni.. dah brapa kali dah aku kena smash ngan member2.. ok disebabkan Dah Lama Dahhh aku tak update, jadi otak aku ni pun agak tepu.. mcm kreta gak la bila Dah Lama Dahhh tak start, payah la skit nak hidup..

ok, posting kali nie aku ada la serba skit crita nak kongsi, masa raya ke 3 baru2 ni ada la beberapa geng2 kita yang sudi mai beraya kat teratak ayah aku di Baling.. dulu masa skolah rasanya 70% dari kita semua penah mai umah tok aku.. so umah ayah aku pun tak jauh dari situ.. Oleh hal yang demikian, rasanya hangpa suma masih ingat lagi la nak mai umah aku kan.. atau maybe dah lupa.. maklumla Dah Lama Dahhh tak jumpak.. apa pun thanks la kat sapa2 yang mai tu.. yang tak mai pun maybe ada comittment lain kan.. takpa che' paham.. tahun depan insyallah pakat2 mai la makna buah... pokok moktan ada sampai 13 pokok.. buah byk buruk atas pokok pasai terlampau byk.. lagi pun Dah Lama Dahhh kan tak mai mkn buah2an tempatan..

ha ha ni ada lagi satu story.. 2 minggu lepas aku ngan Theii p Changlooon makan knuri rumah Zaini KUIM.. so lepas makan Theii bagi idea apa kata kita p bukit kayu hitam.. aku pun pa lagi stuju ja lagi pun aku Dah Lama Dahhh tak pi sana.. Theii plak tak penah p (shhtttt jgn habaq kat orang lain).. nak di jadi kan crita kami pun pi la kompleks bebas cukai.. bila sampai ja kat Imegresen, kami pun kalut2 wak kluaq ic n nak apply visa sementara la konon.. ceh rupa2nya tak yah pun, Cik puan yang jaga kaunter tu tanya nak p mana, pastu dia ghenyih ja then bagi kami pi.. laaaaaaaaa senang ja rupanya.. ceh.. sebenaq nya ada bebrapa lagi kejadian aneh dan pelik yg berlaku sepanjang kami kat bebas cukai.. tapi biaq pi la dulu... apa pun aku sempat la upload beberapa keping gambaq untuk di kongsi..
** masa balik singgah Sg petani.. THeiii ajak makan RFC.. ayam goreng radix.. perrghh bole laaaa






























































Read more...

Salam Akhir Ramadhan & Selamat Menyambut Aidilfiti

>> Thursday, 17 September 2009

السلام عليکم




mmm lama gak aku buat posting baru.. hampir sebulan.. ha ha apa pun aku masih lagi berhubung dengan sebahagian dari sahabat-sahabat kita. Ok untuk post kali just nak ucap selamat... selamat tinggal ramadhan untuk tahun ini 1430 hijrah.. entah kita bertemu lagi ke tak tahun depan wallahu'alam.. dan moga moga segala amalan kita pada bulan ni banyak ka sikit ka semuanya diterima Allah s.w.t... mungkin ramai antara kita yang seronok sangat bila ramadhan nak habis, dan ada gak yang terasa sedih sangat..
Seronok sebab lepas nie boleh makan ikut suka..
seronok sebab nak balik bercuti..
seronok sebab nak buat open house
seronok sebab saling nak tunjuk kehebatan masing-masing..
seronok sebab nak makan lemang ngan ketupat.. dan mcm-mcm

namun ada yang...

sedih sebab rasanya amalan yang kita buat ciput jaaa..
sedih sebab kita tertidur n tak sempat nak qiyamullail..
sedih sebab hujung-hujung ramadhan baru kita terasa nikmat bulan ramadhan..
sedih sangat sebab dah tak sampai seratus rakaat solat terawih yang kita boleh tunaikan..
sedih sangat sebab mungkin kita tak bersungguh-sungguh atau tak terasa langsung nak cari Lailatul Qadar...
(Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.)

sedih sangat sebab kali mungkin kita tak beraya dengan seseorang yang tahun lepas ada ngan kita tapi kali nie...

mmm renung-renungkan lah..
apapun 1 syawal 1430 bakal menjelma.. mana boleh sedih-sedih.. tapi tak la boleh seronok sangat sampai tak ingat dunia.. ha ha ha

oklah dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf dari hangpa semua tak kira apa jenis kesalahan atau dosa sekali pun.. wei geng sorry la wie.. mintak ampun mintak maaf.. aku pun dah maafkan hangpa semua tak kiralah apa kategori dosa sekali pun..
tak lupa juga.. pada pelawat-pelawat, saya bagi pihak geng kalabulmalami (semua sekali) memohon ampun dan maaf kat hangpa semua sekali tak kira masa zaman silam dulu, termarah ka ter ragging ka .jgn marah noo.. kami cuma bergurau ja tu.. bukan sungguh-sungguh pun..

ok ALL,

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zoher dan Baathein..


Read more...

Ahlan Ahlan Ya Ramadhan....

>> Friday, 21 August 2009


Ok semua, seperti mana yang telah kita ma'lum, esok bemulanya 1 Ramadhan 1430 dan malam ni kita dah nak mula terawih.. so di kesempatan ini aku pun nak ucap selamat berpuasa kepada semua.. mintak maaf banyak atas apa jua kesalahan, kesilapan, terkutuk ka, ada berasa hati ka, tak puas hati ka tak kira lah depan ka belakang ka, ngumpat ka... AKU mintak maaf banyak-banyak woi.. mana yang terlebih terkurang tu mintak dihalalkan..tapi hutang tetap hutang.. jgn risau aku mesti bayaq punya.. kalau aku tak mampu aku bagitau.. betoi dak.. he he.. Begitulah jugak dengan aku... aku dah maafkan semua orang tak kira apa jua salah silap... SEMUAlah aku maafkan.. harap hangpa semua pun maafkan aku jugak la noo..
Iyelah kita ni kadang-kadang tue lebih suka pendam dari habaq lek lok.. pastu berpura-pura macam tarak pa yang berlaku.. betoi dak.. habaq direct kan senang tang mana tak puas hati ka apa ka.. (teringat kes aku ngan kulub dulu) tau dak punca nya apa dia, 'kutuk - mengutuk'.. syaitan cukup suka.. bila kita dah start gores api pastu syaitan suruh p bagi nyala kat sumbu yang lebih besaq, yang kita nie dok tiup api tu bagi padam, tapi dah nama syaitan.. di p pekup plak supaya api tu tak padam.. pastu pa lagi terbakaq la.. ha ha ha.. hangpa paham dak aku tuleh pa ni??? ala pakat ngaji ilmu mantik.. paham paham seniri la noo.. pa pun aku settle ngan dia and aku rasa lepas kejadian tu aku ngan dia pun agak rapat la dari sebelum ni.. Aku salute kat Khulub a.k.a Fauzi @ dik G..

Sekali lagi Aku mintak maaf kat semua dan aku juga dah maafkan semua orang.. moga-moga amalan kita bulan ramadhan ni diterima Allah..

Admin @ Mat Adi

Read more...

...... H1N1 ما هو

>> Monday, 10 August 2009

السلام عليکم


ok Geng untuk post kali ni aku nak kongsi posting yang dibuat oleh abg joe kita.. aku copy sejibik sejibik..

Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico. Cilakak punya US!!!!...buat tahik xmau ngaku..

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi. Jgn jd cam bdk umh aku!!!! kentutpun ckp virusss...bengung!


Siapa yang berisiko

1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok.Kpd member2 yg besaq!!! hati2..
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas


Simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......
day 5 and above lung collapse @ koma...mengucapla byk2!!!!!!


Langkah2 kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11- utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin
.

P/S: Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.

Read more...

Masih Ingat kah Kita kat lagu ni....

>> Wednesday, 5 August 2009

السلام عليکم

Lagu Keramat hari Jumaat untuk semua Pelajar SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang..
termasuk yang tuang tak turun perhimpunan.. mustaqim @ Zubir mai baru hangpa nak kia.. ha ha
.. pa pun aku salute kat budak yang kentut masa cikgu zurina sound kita semua tiduq dalam kelaih..
balrox ngan najmi pun lena gak ha ha ha ha.. best student pun lena gak (Najmudin ) takkan kita tak lena dak???? Syed kita punya Legend takleh nak kata pa.. dia buleh heran pasai pa masa dia mula nak tidoq Cikgu lain, dia jaga dari tidoq cikgu lain.. pergh.. aku pun heran.. apa aku melalut nie.. post lain story lain..
anyway jom kita sama nyayi balik lagu nie..

bangun semua............. wahid, isnain, salaaaaaaaaaaasssa


المشهور مدرستنا
العرابيه لغتنا
النجاح هدفنا هو هدفنا وغايتنا
النجاح النجاح النجاح
token to:
(komposernya dan lirik oleh Ustaz Rosli Othman,
JPN Pulau Pinang
PhD UKM.
)

Read more...

Tyre Safety...Do We Care About it?......

>> Thursday, 23 July 2009

السلام عليکم

Alrite geng, aku ada nak kongsi tips mengenai tayar yang selama ni kita tak amik tau. Selalunya kalau sembang bab tayar, kita asyik dok tanya "rim hang saiz pa?", " wei tak sempoi la pakai rim stended", "aku baru boh spotrim baruuu, tayar bren biggeststoneee, sempoi buleh terbang" dan banyak lagi..
so aku ada dapat email dari bos aku and aku rasa nak perlu dikongsi untuk semua.. cam biasa.. hangpa kena download attachment dulu.
[
klik sini untuk download]

والسلام

Read more...

RAYUAN SUMBANGAN PEMBANGUNAN SAIF

السلام عليکم


ok sahabat semua, ni ada sikit peluang nak buat jariah.. mintak tolong noo..

والسلام


Mohon sumbangan untuk pembangunan semula Sekolah Agama Intergrasi Faizin ( SAIF ) Guar Chempedah, Kedah yang terlibat dalam kebakaran pada jumaat 17 julai 2009.
Sumbangan anda terus ke BIMB atas nama
" TABUNG PEMBANGUNAN SAIF"
no akaun : 02084010028830


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi
ust Musoddak Hj Ahmad,
Pengerusi Sekolah
012 4827563
atau
Ust Mohamad Ismail,
Setiausaha Lembaga tadbir
019 4227323.



Read more...

Ikut ja 10 step nie!!!

>> Wednesday, 22 July 2009

السلام عليکم

ok geng semua, ni last post untuk hari nie.. aku dah try... yang penting ikut ja 10 step dibawah..
ni bukan mbohong.. ni salah satu teknik bisnes internet yang kita panggil
affiliate ...

والسلام


7 Julai lepas, Justin Michie seorang jutawan internet,
telah memperuntukkan USD100,000 untuk diberi
kepada warga internet yang mempunyai email.
Tidak kira di mana jua anda berada termasuk Malaysia.

Ya, ianya adalah berita benar,
bukan omongan kosong semata-mata.
Dan pastinya dengan bersyarat.

Apa yang perlu anda buat?
Cukup mudah...!
Anda hanya perlu ikut 10 langkah dibawah:

1. Masuk ke website ini [click sini ]

2. Masukkan NAMA Dan EMAIL anda di ruang yang disediakan.
Klik Download Now.

3. Masukkan kod yang diberikan untuk verify

4. Anda akan dibawa ke laman seterusnya,
scroll down hingga ke bawah sekali dan klik
No, Thanks Justin...

5. Semak Email yang anda daftarkan sebentar tadi.

6. Buka email anda, anda akan menerima satu email,
dan klik pada link yang disarankan untuk pengesahan
bahawa anda pemilik email yang sah.

7. Anda akan dibawa pula ke satu laman dan pilih
Step 3, klik pada >>Get Your Affiliate Link...

8. Isikan semua ruang kecuali bahagian tax id
dan klik submit

9. Setelah selesai, semak email anda semula
dan cari email terbaru yang dihantar oleh Justin.

10. Ambil unique affiliate link anda
dan promosikan pada rakan anda yang lain.

Untuk makluman, anda akan dibayar 1USD=RM3.50
jika seorang rakan anda download percuma
melalui link anda. :)

Inilah namanya wang percuma...!

Cubalah!



Ops.. sebelum terlupa,

1) Justin boleh dipercayai, beliau telah membayar
saya (Razif Yusof owner www.pengurusankewangan.com)
pada program beliau yang lalu.

2) Pembayaran akan dilakukan ke dalam akaun paypal
Jika belum ada, boleh dapatkan disini dahulu.
Jangan risau, ianya percuma.
http://www.paypal.com

Semoga berjaya ya~!

p/s- Kalau dapat duit banyak nanti,
jangan lupa belanja saya makan ya..:)


ikhlas,

Razif Yusof

Read more...

Shoutbox!!!!!!!! & Comment Box

السلام عليکم

Ok semua, new post untuk kali nie ada 2... yang pertama, untuk memudahkan dan menyenangkan suma, aku dah insert new gadget untuk visitors chat mengechat.. ni rupa dia..


Hangpa kena scroll bawak baru buleh jumpak dia.. ok! Have Fun

perkara yang ke-2 plak, aku ada dapat maklumat yang ada diantara kita yang visit site nie tapi taktau nak wat pa huwaaa waa waaa.. k no problem coz dulu2 aku pun camtu gak.. meh aku story skit.. selain dari hangpa tgk gambaq nostagia sambil kesat ayaq mata, hangpa buleh mengomen dekat comment nya column. so tak la boring skit..


klik kat gambaq untuk paparan lebih jelas..

والسلام

Read more...

Ucapan & Contact Details

>> Monday, 20 July 2009

** email ucapan yang dihantar ke email Admin untuk dikongsi..

Dari Mie K.U

salam
tahniah,
trm ksh atas usaha mengembalikan kenangan KALABULMALAMI,
tengok balik gambaq2 tu mcm nak meleleh ayaq mata pun ada.
apapun sy amat bangga n bterima kasih, yahniah

Mohd Syuhaimi Senafi
27, Jalan 9... Batu Caves,
Selangor.
013377xxxx

(atas sebab-sebab security & privacy,sila email ke mashooreansform6y2k@gmail.com untuk dapatkan alamat penuh)

Read more...

السلام عليکم

>> Saturday, 18 July 2009

pa habaq semua ex-form 6 republic of Mashooreans Penang.. Disebabkan semua dah bertebaran kesarata dunia, so aku rasa dunia maya ni lah antara platform tebaik untuk kita sentiasa keep in touch even it's impossible. Ada antara kita masih berjumpa sampai sekarang dan ada yang terus teputus hubungan dan bawak haluan masing-masing. Maybe disebabkan oleh komitmen. Apa pun blog nie masih baru.. kalau ada apa keperluan/cadangan/komen/makluman/hebahan yang hangpa rasa nak dikongsi, nak jemput makan knuri menikah ka, cukuq jamboi anak ka or apa apa ja lah, hangpa buleh terus hantarkan ke admin email blog nie.. mashooreansform6y2k@gmail.com.





Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP