السلام عليکم

pa habaq semua ex-form 6 republic of Mashooreans Penang.. Disebabkan semua dah bertebaran kesarata dunia, so aku rasa dunia maya ni lah antara platform tebaik untuk kita sentiasa keep in touch even it's impossible. Ada antara kita masih berjumpa sampai sekarang dan ada yang terus teputus hubungan dan bawak haluan masing-masing. Maybe disebabkan oleh komitmen.Blog nie untuk kita semua ex-Form 6 kat SMKA AlMashoor (L) Penang tak kira lah geng STPM 2000 or STPM 2001, yang tak sempat ambik STPM pun termasuk skali or member2 lain yang penah hidup dalam zaman kami (Form 5 & 4, The Real BTP). So kalau hangpa ada apa nak bgtau, update perkembangan terbaru, jemput kenduri, hebahan umum, nak promo or kongsi bisnes, nak contact details or apa saja yg boleh diterima akal.. sila lah email ke.. mashooreansform6y2k@gmail.com

Salam Akhir Ramadhan & Selamat Menyambut Aidilfiti

>> Thursday 17 September 2009

السلام عليکم




mmm lama gak aku buat posting baru.. hampir sebulan.. ha ha apa pun aku masih lagi berhubung dengan sebahagian dari sahabat-sahabat kita. Ok untuk post kali just nak ucap selamat... selamat tinggal ramadhan untuk tahun ini 1430 hijrah.. entah kita bertemu lagi ke tak tahun depan wallahu'alam.. dan moga moga segala amalan kita pada bulan ni banyak ka sikit ka semuanya diterima Allah s.w.t... mungkin ramai antara kita yang seronok sangat bila ramadhan nak habis, dan ada gak yang terasa sedih sangat..
Seronok sebab lepas nie boleh makan ikut suka..
seronok sebab nak balik bercuti..
seronok sebab nak buat open house
seronok sebab saling nak tunjuk kehebatan masing-masing..
seronok sebab nak makan lemang ngan ketupat.. dan mcm-mcm

namun ada yang...

sedih sebab rasanya amalan yang kita buat ciput jaaa..
sedih sebab kita tertidur n tak sempat nak qiyamullail..
sedih sebab hujung-hujung ramadhan baru kita terasa nikmat bulan ramadhan..
sedih sangat sebab dah tak sampai seratus rakaat solat terawih yang kita boleh tunaikan..
sedih sangat sebab mungkin kita tak bersungguh-sungguh atau tak terasa langsung nak cari Lailatul Qadar...
(Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.)

sedih sangat sebab kali mungkin kita tak beraya dengan seseorang yang tahun lepas ada ngan kita tapi kali nie...

mmm renung-renungkan lah..
apapun 1 syawal 1430 bakal menjelma.. mana boleh sedih-sedih.. tapi tak la boleh seronok sangat sampai tak ingat dunia.. ha ha ha

oklah dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf dari hangpa semua tak kira apa jenis kesalahan atau dosa sekali pun.. wei geng sorry la wie.. mintak ampun mintak maaf.. aku pun dah maafkan hangpa semua tak kiralah apa kategori dosa sekali pun..
tak lupa juga.. pada pelawat-pelawat, saya bagi pihak geng kalabulmalami (semua sekali) memohon ampun dan maaf kat hangpa semua sekali tak kira masa zaman silam dulu, termarah ka ter ragging ka .jgn marah noo.. kami cuma bergurau ja tu.. bukan sungguh-sungguh pun..

ok ALL,

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zoher dan Baathein..


0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP