السلام عليکم

pa habaq semua ex-form 6 republic of Mashooreans Penang.. Disebabkan semua dah bertebaran kesarata dunia, so aku rasa dunia maya ni lah antara platform tebaik untuk kita sentiasa keep in touch even it's impossible. Ada antara kita masih berjumpa sampai sekarang dan ada yang terus teputus hubungan dan bawak haluan masing-masing. Maybe disebabkan oleh komitmen.Blog nie untuk kita semua ex-Form 6 kat SMKA AlMashoor (L) Penang tak kira lah geng STPM 2000 or STPM 2001, yang tak sempat ambik STPM pun termasuk skali or member2 lain yang penah hidup dalam zaman kami (Form 5 & 4, The Real BTP). So kalau hangpa ada apa nak bgtau, update perkembangan terbaru, jemput kenduri, hebahan umum, nak promo or kongsi bisnes, nak contact details or apa saja yg boleh diterima akal.. sila lah email ke.. mashooreansform6y2k@gmail.com

Showing posts with label Photo. Show all posts
Showing posts with label Photo. Show all posts

Abang Joe - Selamat Pengantin Baru

>> Monday, 18 January 2010

السلام عليکم


Bertemu lagi, pertama skali pihak admin mohon maaf sgt2 sebab lama tak update blog.. maklumla hujung tahun sibuk skit.. dgn anak skolahnya menikah nya, kenduri sana sini.. mcm mcm.. apa pun ada beberapa crita dan peristiwa yang aku nak kongsi..

Tahun : 1999
Lokasi : Asrama SMKA Al-Mashoor (L) Penang..
Masa : Diantara jam 1pagi - 3 pagi..

Suatu malam yang hening, aku sedang lena dibuai mimpi indah setelah supper aku dah bertukar dari biskut dan ayaq milo ke seketul pepejal yang pasti akan ku buang pada waktu subuh nanti.. mimpi2 indah melintasi fikiran ku satu persatu.. indah berseri-berseri..
Tiba-tiba.. kudengar seperti katil ku diketuk dari bawah (katil asrama kerajaan malaysia 2 tingkat, aku dok ataih).. lalu...
Budak Katil Bawah:" bang tolong, bang tolong ada hantu"....
Aku:"hoh, astaghfirullahalazim, tak pa takpa jangan takut"....
(lantas aku mengumandangkan AZAN, tapi pasal apa bunyi azan tu rangkap seterusnya mcm takbir Raya)
Aku: "ok, ok jgn takut.. kita baca doa sama sama"...
(lantas kedua-dua Orang Kena Kacau membacakan ayat kursi bersama-sama)
Disebabkan hantu ni memang lahanat punya hantu, dia tak terbakar atau pun lari. Lalu..
Aku:"uih, kita baca salah kot, sebab tu hantu ni tak lari lagi".....
Tiba-tiba kedengaran suara-suara lain yang berdekah-dekah ketawa..
Oh rupanya Aku kena main daa....

Bagi pihak rakan2 sebenarnya suspect utama adalah budak bawah katil aku.. tapi entah macam mana dia buleh pi ketuk katil aku..
Aku adalah seperti gambar dibawah... he he baru kawin..


attached gambar2 beberapa shabat yg sempat menghadiri kenduri beliau..



















Read more...

Dah Lama Dahhh....

>> Monday, 26 October 2009

السلام عليکم
Apa habaq semua.. amboi noo Dah Lama Dahhh tak update blog ni.. dah brapa kali dah aku kena smash ngan member2.. ok disebabkan Dah Lama Dahhh aku tak update, jadi otak aku ni pun agak tepu.. mcm kreta gak la bila Dah Lama Dahhh tak start, payah la skit nak hidup..

ok, posting kali nie aku ada la serba skit crita nak kongsi, masa raya ke 3 baru2 ni ada la beberapa geng2 kita yang sudi mai beraya kat teratak ayah aku di Baling.. dulu masa skolah rasanya 70% dari kita semua penah mai umah tok aku.. so umah ayah aku pun tak jauh dari situ.. Oleh hal yang demikian, rasanya hangpa suma masih ingat lagi la nak mai umah aku kan.. atau maybe dah lupa.. maklumla Dah Lama Dahhh tak jumpak.. apa pun thanks la kat sapa2 yang mai tu.. yang tak mai pun maybe ada comittment lain kan.. takpa che' paham.. tahun depan insyallah pakat2 mai la makna buah... pokok moktan ada sampai 13 pokok.. buah byk buruk atas pokok pasai terlampau byk.. lagi pun Dah Lama Dahhh kan tak mai mkn buah2an tempatan..

ha ha ni ada lagi satu story.. 2 minggu lepas aku ngan Theii p Changlooon makan knuri rumah Zaini KUIM.. so lepas makan Theii bagi idea apa kata kita p bukit kayu hitam.. aku pun pa lagi stuju ja lagi pun aku Dah Lama Dahhh tak pi sana.. Theii plak tak penah p (shhtttt jgn habaq kat orang lain).. nak di jadi kan crita kami pun pi la kompleks bebas cukai.. bila sampai ja kat Imegresen, kami pun kalut2 wak kluaq ic n nak apply visa sementara la konon.. ceh rupa2nya tak yah pun, Cik puan yang jaga kaunter tu tanya nak p mana, pastu dia ghenyih ja then bagi kami pi.. laaaaaaaaa senang ja rupanya.. ceh.. sebenaq nya ada bebrapa lagi kejadian aneh dan pelik yg berlaku sepanjang kami kat bebas cukai.. tapi biaq pi la dulu... apa pun aku sempat la upload beberapa keping gambaq untuk di kongsi..
** masa balik singgah Sg petani.. THeiii ajak makan RFC.. ayam goreng radix.. perrghh bole laaaa






























































Read more...

"Bila Dewa Makan Turun ke Bumi"

>> Monday, 24 August 2009

السلام عليکم


pertama skali salam ramadhan untuk semua.. pejam celik pejam celik dah 3 hari posa.. mmmm aku pun untuk kali bukan ada apa pun cuma nak menunaikan hajat kawan2.. mintak aku posting kan gambaq sahabat kita yang dikenali ramai nie...
last week aku ada terima email dari abang Azrol kita.. ala tuan tanah kita punya port la.. dia ada buat knuri kat umah dia dan yang paling menarik skali dia ada candid photo salah sorang dari sahabat kita.. itu lah dia tak lain dan tak bukan abang Abu kita.. haiiyyy, buleh tera tue.....
Untuk pengetahuan semua, segala skrip dibawah ini serta title posting untuk kali nie originally aku amik dari email.. tak ubah sikit pun..he he jangan marah aaa..
k sebelom tu cam biasa.. aku story skit sapa dia Abu ni..
alkisahnya diciptakan Allah insan yang luarrrrrrrrrr biasa ini bernama Abu Qatadah Bin Mohd Rosdi.. beranak di selangor mamat nie.. lani menetap di Penang.. Kerja sekarang sebagai salah seorang tenaga pengajar di sekolah agama bantuan kerajaan.. cikgu SABK ni..Ada buat parttime tanam cabai besaq secara besar-besaran ooo ngan chob kat kampung pelet. Dia ni jenis orang yang tak berkira.. mintak p la tolong apa pun, bila pun atau tangmana pun.. jawapan dia "Ya Baik, Ya Boleh".. payah la dia nak kata tak boleh.. sebab tu ada satu qariah yang paling popular di KL cukup sayang kat dia bila dia nak berenti jadi salah sorang Anggota masjid kat qariah tue..
masa kat mashoor dulu, dia mmg top pasai juai kacang.. he he (maklumat lanjut bole check dgn ex mashooreans batch 1997-1998..
Lain..Seorang yang mudah didekati, mersa dlm pergaulan, boleh diharap dlm menyerahkan amanah dan byk lagi la..(buleh tera tu bu.. Haiiyyy)

k lah.. ni dia posted email dari azrol kat aku.. saksikanlahhhhhhhhhh...

"Bila Dewa Makan Turun Ke Bumi"




Sabtu lepas, gua buat kenduri. Taklah besar, runcit-runcit je. Gua cukup suka bila Dewa Makan terima invitation gua. Kelihatan Dewa Makan sedang mengatur strategi

Dewa Makan sedang bersedia untuk gerakan seterusnya.












Gerakan penamat Dewa Makan sambil ditenteramkan oleh Mat Top, jejaka paling ‘Hip & Cool’ di alam maya.

Mat Top selepas berjaya menenangkan Dewa Makan..

Mamat ni? Macam biasalah... [pengarah UPU tanah liat nie]

Read more...

Tu dia Suspect yang kita dok cari..

>> Wednesday, 19 August 2009

السلام عليکم



Semalam aku dapat email dari sorang kawan fasal "Bila Dewa Makan Turun Ke Bumi", tiba-tiba terselit gambar seseorang yang mmg dah lama aku dok cari.. Ni dia orang nya.. Abang Theeii kita a.k.a topek @ Mat Top Lahar Yooi.. Meh aku cirta skit pasal bang Theeii kita nie..
Nama Penuh dia Muhammad Taufik Bin Ismail. Theeii tu nama timangan dia masa Form 6 di SMKA Al-Mashoor (L). Dlm geng form 6 nie Dewa tidoq ialah abang Syed kita, namun kadang-kadang kedudukan itu di gugat oleh abg Theeii kita.. he he jgn marah aaa..
THEEII adalah singkatan dari perkatan tidur. Namun sebutannya akan menjadi agak tebal bila dikonvertasikan ke bahasa A'rob.. jadi sebutan nya THEEIIDOR.. so sniri mau ingat la

Abg Theeii ni macam ulaq sawa.. orang tak kacau atau 'kuit' dia... mmg dia relax ja.. namun sapa tau dia boleh menundukkan singa yang sedang marah.. gua memang suspect lu la brader..
Aku harap hangpa tak lupa nostagia di 'Dorm N'.. Masa tue sekumpulan SB dari group The Real BTP sedang menyelesaikan satu kes... siasat punya siasat tetiba bunyi "adoih".. bunyi kaki tersangkut kat kain then 'pedebap'.. sound something drop on the floor.. aku memang tak tahan.hangpa cuba bayangkan situasi ketika tue sangat tegang, seruis & suspect tiba tiba semua terdiam seketika then huwaaaaa waaa ha ha ha. dok tulih nie pun aku dok tergelak-gelak sorang. ha ha ha apa pun Theeii sweet la bila ingat balik..

moral of the story untuk adik-adik semua.. jangan ingat orang kuat tidoq tak leh masuk universiti ooo... dia diam-diam ubi, tapi.....? kentut kuat... ha ah aha ha... Theeii jgn marah aaa..

Lepas habis STPM di SMKA Al-Mashoor (L) Pulau Pinang, abg taufik kita berjaya untuk sambung pengajian dia di Universiti Sains Islam Malaysia (formerly Known as Kolej Universiti islam Malaysia @ KUIM Pandan Indah).




ni dia wajah terlatest skali..

Muhammad Taufik Bin Ismail.
B.A (USIM)
sekarang merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah dalam kawasan Kepala Batas.
YM id : fiq_kalabumalami@yahoo.com

Read more...

Lead of The Real BTP

>> Sunday, 16 August 2009

السلام عليکم

*** sorry la.. ni laa the best pic terbaru dia yang aku dapat amik.. pasai hari tu pun kalut masing2 ada kheja..

Bertemu lagi semua.. kali ni aku nak just update posting aku yang sepatutnya aku wat 2 minggu lepas.. Namun disebabkan oleh kekangan masa dan tanggungjawab, hari ni baru la ada kelapangan skit.. kebetulan plak aku tak balik kampung minggu nie..
k.. last 2 weeks aku ada pergi Putrajaya sbb adik aku yang dok USIM to konvo.. So takdak orang lain la kalau p USIM wakil kita yang ada ialah Abg Wan kita..

[lately i'm notice that not only geng kalabumalami ja yang baca bolg kita nie.. ada junior belapis-lapis bawah kita pun dok baca gak] WELCOME!!!

so bila dah ada orang lain baca, kena la xplaint skit sapa la bang Wan kita ni..

Dia nie dulu sekampung ngan admin blog ni.aku la tue appa ra. pedidikan awal di Tadika orang putih, pastu khatam pengajian rendah di Sekolah Kebangsaan Khir Johari Perai Pulau Pinang. (masa darjah tiga dia jadi ketua darjah.. aku ingat lagi ada satu masa tu cikgu ada meeting.. ada laa sorang member aku ni nama dia Nasri, hingaq @ bahasa buku dia bising.. ketua darjah kita memang dah semacam dah aku tengok muka dia.. TIBA TIBA satu bendasing berat dia ada laa dalam 300 gram kot terbang melintasi kawan kawan lain then terus hinggap di dahi mamat nasri.. sikit ja lagi nak kena mata.. pastu nasri tu mula la karaoke waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku habaq kat ayah aku.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... hangpa tau dak menatang tu pa dia.. PEMBARIS BESI saiz dewasa.. pergh.. gila betoi.. umoq 9 thn buat aksi ngeri.. ha ha ha.. yang best dia buleh buat muka selamba.... then dia kena panggil p pejabat.. kalau tak silap aku dia kena tolong kemas pejabat kot sbb waktu tu guru pangkat paling tinggi yang ada Cikgu Mohd Noor kalau tak silap.. Penolong kanan..

Pastu dia sambung p la kita punya markas di Al mashoor (L) Pulau Pinang. . sepanjang tingkatan 1 smp tingkatan 5 dia kat sekolah tu aku tak berapa tau sgt la aktiviti ngeri dia tapi ada la aku dengaq2 bebrapa aksi ngeri dia pasai aku pun dah skolah lein.. cuma ada satu perkara yang aku ingat masa aku balik cuti dari asrama aku dpt tau kata dia patah tangan.accident... selang bebarapa minggu tu aku balik cuti mak aku bgtau kata bang wan kita ni accident.. aku pun balas la kat mak aku " tau dah dia accident patah tangan".. mak aku pun sengih ja.. ni dialog mak aku "tu dulu.. la patah kaki accident di penang, pi la tengok dia".. hangpa NGERI dak?? pergh lagi brapa bulan ja lagi nak es pi em tu.. mmm tapi disebabkan dia nie cerdik dia dapat gak pagkat 1 (aliran sains tueee). masa PMR 8A 1B (B tu sejarah pasai tak hantaq folio) he he he kami yang hantaq folio nie pun tak dapat A..

Disebabkan minat dia yang mendalam dlm bidang agama nie.. dia just sambung Form 6 kat almashoor (L) nie.. so antara geng kalabulmalami nie dia lah dia lah yang paling berkarat skali pasai dari form 1 sampai form 6 di Al-Mashoor (L).. di sebabkan ini lah kami semua mengelarkan dia THE REAL BTP merangkap lead ketika itu.. mmm kalau nak crita aksi ngeri dia waktu nie.. memang panjang gila.. so dipendekan crita... dia dapat tawaran masuk ke USIM (masa tu masih lagi KUIM).. aku ingat lagi dia penah kata kat aku.. aku bersyukur gila la dapat masuk kuim dgn result STPM aku ni.. so aku takkan sia-sia kan peluang nie (ayat dan intonasi dia aku ubah skit pasai aku pun tak brapa ingat tapi maksud dia masih jelas) untuk junior2 sekalian abang Wan kita ni tak dapat 4 Prinsipal tau.. dia penah p ngaji di semanggoi nak ngulang STPM sebelum dapat tawaran KUIM..

So Disebabkan dia kotakan kata-kata dia.. dia dapat anugerah dekan setiap semester sampai la dia graduate pun dengan anugerah pelajar Diraja... ni lah dia Lead of The Real BTP.. Pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia

Wan Mohd. Fazrul Azdi Wan Razali
B.A (USIM), M.A (IIUM)
Telephone:06-798 8203 ext: 8278
Fax :06-798 8244
Email : wmfazrul@usim.edu.my
*** dah kahwin anak sorang ... Wan Adam Ramdhan bin
Wan Mohd. Fazrul Azdi

Read more...

Pergi Tak Kembali [ Tribute to Ustaz Asri Rabbani]

>> Friday, 14 August 2009

السلام عليکم




In the tribute to Ustaz Asri Rabbani (a.k.a Nadamurni).

Aku mmg ada feel skit dan aku rasa hangpa suma pun ada feel yang sama.. mana tak nya semenjak kita lahir, kita dah dialunkan alunan nasyid-nasyid nurkilan ustaz asri dan sahabat dia yang lain oleh mak ayah kita.. kan. contoh dia asma ul husna la yg paling top skali.. hangpa try sebut tgk asma ul husna word by word tanpa disetakan dgn alunan nasyid..he he tak leh kan... sampai la kita besaq pun nasyid dia banyak yang kita masih ingat... kebetulan plak dalam simpanan aku masih ada beberapa lagu klasik dari nadamurni.. pergh mmg sedap gila..

Aku masih ingat lagi masa umuq aku dalam 9 ka 10 tahun dulu, aku pernah kongsi pentas ngan geng nadamurni.. masa tu quaters TNB buat majlis memperingati kekejaman serb kat rakyat bosnia kat padang kilat.. aku dari kumpulan nasyid anak2 dan pekerja TNB... kalau tak silap malam penghayatan apa tah tema malam tu.. woi siap masuk paper muka depan lagi aku tapi gambaq kecik ja la..

pastu bila ngaji pondok and dok asrama dulu pun, lagu nasyid depa ni yang kita dok nyanyi kan kan.. betoi dak .tu tambah tambah puak langgareans ha ha ha.. k lah apapun kita pakat sedekah la Al-fatihah kat Almarhum Ustaz Asri moga rohnya dicucuri rahmat..Amin..

k geng kat aku ada bebrapa lagu ustaz asri yang ori punya macam cita-citaku islam cemerlang, berkata benar, bila nur melimpah dihati, kasih sayang, rasul ibarat bulan purnama, sunnah orang berjuang, ulama pewaris nabi dan jasa guruku.. so sapa nak bagi email dia kat aku.. nanti aku send..

ni ada Bait lagu Kasih Sayang

Hati telah lama gersang
Dari siraman kasih sayang
Kerana hujan Iman sudah lama tidak turun
Kita tanamkan kembali
Budi penyiram kasih
Agar hati yang gersang
Gembur dan subur lagi

Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia

Bila hati gembur dan subur semula
Benih mahmudah akan tumbuh kembali
Iakan berdaun subur dan berbuah
Memberi manfaat semula kepada penghuni taman yang resah

Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terumbang ambing
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti
Bila kasih sayang tak dimiliki

Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia

Berkasih sayang perintah Allah
Diantara sifat Allah
Kasih kepada hamba-Nya
Allah sangat sayang kepada hamba yang berkasih sayang
Jalinkahlah kasih sayang untuk keredhaan-Nya
Hati sudah lama menderita kekosongan kasih sayang
Tanamkan semula jangan biarkan
Jangan biarkan berlama-lama
Sudah lama manusia hidup dalam derita lagi sensara
Ayuh kita suburkan semula
Kasihkan sesama sama manusia

والسلام





Read more...

mmm cikgu? or Nelayan?!! Meh kita teka....

>> Tuesday, 28 July 2009

السلام عليکم


All, cuba hangpa sendiri yang tafsirkan......


**waktu tangkap udang nie adalah waktu matapelajaran Matematik.. tuang kelaih la nie :P


**ha la baru nak nyesai, orang offer balik penang hang tolak....

Read more...

Nostalgia Photos

>> Sunday, 19 July 2009

السلام عليکم

Ok Sahabat semua.. dalam simpanan aku ada beberapa gambaq yang boleh mengamit nostagia kita and aku just pilih yang aku rasa reasonable untuk dikongsi.. so kalau hangpa pun ada gambaq-gambaq nostagia yang rasa nak dikongsi, send kat email ni mashooreansform6y2k@gmail.com . Nanti aku upload.
والسلام

Dari Belakang Kiri: Che Li, Wak Long, Zam, Shah (Polimas), Mat Kri Polis, Dik G (khulub), Pak Non (Poli Shah Alam), Najmi.
Tengah Kiri: Din, Bojeng, Arwah Abe (Al-fatihah), Joe, Pak Aq, Sani, Abg Janggut, Balrox, Mie K.U
Depan Kiri: Mat Str-8, Ajis, Atoi (Uitm Shah Alam), Ustazah Azhariah, 6-sue (Ketua Kelaih nie), Syed, Taufik.
Tiada Dalam Gambar: Mat Adil, Wan Fazrul, Humiara (SMKA Labu), Shahrul Naim (Penang Free)

Gambaq tempek-tempek

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP