السلام عليکم

pa habaq semua ex-form 6 republic of Mashooreans Penang.. Disebabkan semua dah bertebaran kesarata dunia, so aku rasa dunia maya ni lah antara platform tebaik untuk kita sentiasa keep in touch even it's impossible. Ada antara kita masih berjumpa sampai sekarang dan ada yang terus teputus hubungan dan bawak haluan masing-masing. Maybe disebabkan oleh komitmen.Blog nie untuk kita semua ex-Form 6 kat SMKA AlMashoor (L) Penang tak kira lah geng STPM 2000 or STPM 2001, yang tak sempat ambik STPM pun termasuk skali or member2 lain yang penah hidup dalam zaman kami (Form 5 & 4, The Real BTP). So kalau hangpa ada apa nak bgtau, update perkembangan terbaru, jemput kenduri, hebahan umum, nak promo or kongsi bisnes, nak contact details or apa saja yg boleh diterima akal.. sila lah email ke.. mashooreansform6y2k@gmail.com

Zakat Fitroh Weii!! Jangan Lupa..

>> Wednesday 2 September 2009

السلام عليکم

Salam ramadhan semua... tu dia pejam celik dah masuk minggu ke dua Ramadhan 1430 Hijrah.. sat ja rasa.. ni kat ofis aku pun dah mula berkumandang lagu - lagu syahdu hari raya.. hu hu hu [sapa nak stock lagu raya, emailkan request hangpa kat aku..]
Ok geng, untuk post kali nie bukan lagu raya yang nak aku coretkan tapi just nak peringat balik pengertian zakat fitrah.. maklum la.. setahun sekali.. kadeng kadeng tu kita dok bayaq ja zakat fitroh, tapi langsung taktau padia pengertian dia, syarat dia dan kalikasyen dia.. k lah nak crita lebih lebih pakat ngaji dah.. semua pak lebai dah.. ha ha tu tambah2 balrox tu ha ha jangan marah aaa..

ok geng, just nak kongsi...

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"
- Riwayat Muslim

KADAR FITRAH
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu yang paling afdhal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. Waktu haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal

sumber : www.e-zakat.com.my

1 comments:

Azrol Izwan Khalib@Khalid 3 September 2009 at 16:20  

Bila mau balik Penang? Tak reti-reti nak berbuka puasa dengan kengkawan ka? Nak kena lempang?

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP