السلام عليکم

pa habaq semua ex-form 6 republic of Mashooreans Penang.. Disebabkan semua dah bertebaran kesarata dunia, so aku rasa dunia maya ni lah antara platform tebaik untuk kita sentiasa keep in touch even it's impossible. Ada antara kita masih berjumpa sampai sekarang dan ada yang terus teputus hubungan dan bawak haluan masing-masing. Maybe disebabkan oleh komitmen.Blog nie untuk kita semua ex-Form 6 kat SMKA AlMashoor (L) Penang tak kira lah geng STPM 2000 or STPM 2001, yang tak sempat ambik STPM pun termasuk skali or member2 lain yang penah hidup dalam zaman kami (Form 5 & 4, The Real BTP). So kalau hangpa ada apa nak bgtau, update perkembangan terbaru, jemput kenduri, hebahan umum, nak promo or kongsi bisnes, nak contact details or apa saja yg boleh diterima akal.. sila lah email ke.. mashooreansform6y2k@gmail.com

Ahlan Ahlan Ya Ramadhan....

>> Friday 21 August 2009


Ok semua, seperti mana yang telah kita ma'lum, esok bemulanya 1 Ramadhan 1430 dan malam ni kita dah nak mula terawih.. so di kesempatan ini aku pun nak ucap selamat berpuasa kepada semua.. mintak maaf banyak atas apa jua kesalahan, kesilapan, terkutuk ka, ada berasa hati ka, tak puas hati ka tak kira lah depan ka belakang ka, ngumpat ka... AKU mintak maaf banyak-banyak woi.. mana yang terlebih terkurang tu mintak dihalalkan..tapi hutang tetap hutang.. jgn risau aku mesti bayaq punya.. kalau aku tak mampu aku bagitau.. betoi dak.. he he.. Begitulah jugak dengan aku... aku dah maafkan semua orang tak kira apa jua salah silap... SEMUAlah aku maafkan.. harap hangpa semua pun maafkan aku jugak la noo..
Iyelah kita ni kadang-kadang tue lebih suka pendam dari habaq lek lok.. pastu berpura-pura macam tarak pa yang berlaku.. betoi dak.. habaq direct kan senang tang mana tak puas hati ka apa ka.. (teringat kes aku ngan kulub dulu) tau dak punca nya apa dia, 'kutuk - mengutuk'.. syaitan cukup suka.. bila kita dah start gores api pastu syaitan suruh p bagi nyala kat sumbu yang lebih besaq, yang kita nie dok tiup api tu bagi padam, tapi dah nama syaitan.. di p pekup plak supaya api tu tak padam.. pastu pa lagi terbakaq la.. ha ha ha.. hangpa paham dak aku tuleh pa ni??? ala pakat ngaji ilmu mantik.. paham paham seniri la noo.. pa pun aku settle ngan dia and aku rasa lepas kejadian tu aku ngan dia pun agak rapat la dari sebelum ni.. Aku salute kat Khulub a.k.a Fauzi @ dik G..

Sekali lagi Aku mintak maaf kat semua dan aku juga dah maafkan semua orang.. moga-moga amalan kita bulan ramadhan ni diterima Allah..

Admin @ Mat Adi

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP