السلام عليکم

pa habaq semua ex-form 6 republic of Mashooreans Penang.. Disebabkan semua dah bertebaran kesarata dunia, so aku rasa dunia maya ni lah antara platform tebaik untuk kita sentiasa keep in touch even it's impossible. Ada antara kita masih berjumpa sampai sekarang dan ada yang terus teputus hubungan dan bawak haluan masing-masing. Maybe disebabkan oleh komitmen.Blog nie untuk kita semua ex-Form 6 kat SMKA AlMashoor (L) Penang tak kira lah geng STPM 2000 or STPM 2001, yang tak sempat ambik STPM pun termasuk skali or member2 lain yang penah hidup dalam zaman kami (Form 5 & 4, The Real BTP). So kalau hangpa ada apa nak bgtau, update perkembangan terbaru, jemput kenduri, hebahan umum, nak promo or kongsi bisnes, nak contact details or apa saja yg boleh diterima akal.. sila lah email ke.. mashooreansform6y2k@gmail.com

"Bila Dewa Makan Turun ke Bumi"

>> Monday, 24 August 2009

السلام عليکم


pertama skali salam ramadhan untuk semua.. pejam celik pejam celik dah 3 hari posa.. mmmm aku pun untuk kali bukan ada apa pun cuma nak menunaikan hajat kawan2.. mintak aku posting kan gambaq sahabat kita yang dikenali ramai nie...
last week aku ada terima email dari abang Azrol kita.. ala tuan tanah kita punya port la.. dia ada buat knuri kat umah dia dan yang paling menarik skali dia ada candid photo salah sorang dari sahabat kita.. itu lah dia tak lain dan tak bukan abang Abu kita.. haiiyyy, buleh tera tue.....
Untuk pengetahuan semua, segala skrip dibawah ini serta title posting untuk kali nie originally aku amik dari email.. tak ubah sikit pun..he he jangan marah aaa..
k sebelom tu cam biasa.. aku story skit sapa dia Abu ni..
alkisahnya diciptakan Allah insan yang luarrrrrrrrrr biasa ini bernama Abu Qatadah Bin Mohd Rosdi.. beranak di selangor mamat nie.. lani menetap di Penang.. Kerja sekarang sebagai salah seorang tenaga pengajar di sekolah agama bantuan kerajaan.. cikgu SABK ni..Ada buat parttime tanam cabai besaq secara besar-besaran ooo ngan chob kat kampung pelet. Dia ni jenis orang yang tak berkira.. mintak p la tolong apa pun, bila pun atau tangmana pun.. jawapan dia "Ya Baik, Ya Boleh".. payah la dia nak kata tak boleh.. sebab tu ada satu qariah yang paling popular di KL cukup sayang kat dia bila dia nak berenti jadi salah sorang Anggota masjid kat qariah tue..
masa kat mashoor dulu, dia mmg top pasai juai kacang.. he he (maklumat lanjut bole check dgn ex mashooreans batch 1997-1998..
Lain..Seorang yang mudah didekati, mersa dlm pergaulan, boleh diharap dlm menyerahkan amanah dan byk lagi la..(buleh tera tu bu.. Haiiyyy)

k lah.. ni dia posted email dari azrol kat aku.. saksikanlahhhhhhhhhh...

"Bila Dewa Makan Turun Ke Bumi"




Sabtu lepas, gua buat kenduri. Taklah besar, runcit-runcit je. Gua cukup suka bila Dewa Makan terima invitation gua. Kelihatan Dewa Makan sedang mengatur strategi

Dewa Makan sedang bersedia untuk gerakan seterusnya.












Gerakan penamat Dewa Makan sambil ditenteramkan oleh Mat Top, jejaka paling ‘Hip & Cool’ di alam maya.

Mat Top selepas berjaya menenangkan Dewa Makan..

Mamat ni? Macam biasalah... [pengarah UPU tanah liat nie]

Read more...

Ahlan Ahlan Ya Ramadhan....

>> Friday, 21 August 2009


Ok semua, seperti mana yang telah kita ma'lum, esok bemulanya 1 Ramadhan 1430 dan malam ni kita dah nak mula terawih.. so di kesempatan ini aku pun nak ucap selamat berpuasa kepada semua.. mintak maaf banyak atas apa jua kesalahan, kesilapan, terkutuk ka, ada berasa hati ka, tak puas hati ka tak kira lah depan ka belakang ka, ngumpat ka... AKU mintak maaf banyak-banyak woi.. mana yang terlebih terkurang tu mintak dihalalkan..tapi hutang tetap hutang.. jgn risau aku mesti bayaq punya.. kalau aku tak mampu aku bagitau.. betoi dak.. he he.. Begitulah jugak dengan aku... aku dah maafkan semua orang tak kira apa jua salah silap... SEMUAlah aku maafkan.. harap hangpa semua pun maafkan aku jugak la noo..
Iyelah kita ni kadang-kadang tue lebih suka pendam dari habaq lek lok.. pastu berpura-pura macam tarak pa yang berlaku.. betoi dak.. habaq direct kan senang tang mana tak puas hati ka apa ka.. (teringat kes aku ngan kulub dulu) tau dak punca nya apa dia, 'kutuk - mengutuk'.. syaitan cukup suka.. bila kita dah start gores api pastu syaitan suruh p bagi nyala kat sumbu yang lebih besaq, yang kita nie dok tiup api tu bagi padam, tapi dah nama syaitan.. di p pekup plak supaya api tu tak padam.. pastu pa lagi terbakaq la.. ha ha ha.. hangpa paham dak aku tuleh pa ni??? ala pakat ngaji ilmu mantik.. paham paham seniri la noo.. pa pun aku settle ngan dia and aku rasa lepas kejadian tu aku ngan dia pun agak rapat la dari sebelum ni.. Aku salute kat Khulub a.k.a Fauzi @ dik G..

Sekali lagi Aku mintak maaf kat semua dan aku juga dah maafkan semua orang.. moga-moga amalan kita bulan ramadhan ni diterima Allah..

Admin @ Mat Adi

Read more...

Back to Normal

السلام عليکم

mmm.. sekarang blog ni dah kembali normal.. bole dikatakan 96% sama macam asal cuma ada bebrapa perubahan disebabkan aku tak dapat nak ubah dia punya CSS.. (bukan tak buleh malaih.. he he jgn marah aa)..

Aku ada terima cadangan dari salah sorang kita geng kita yang mintak supaya dibuatkan team forum.. mmg idea yang sgt baik . . teruskan usaha aku sokong.. so hpoe semua sokong and tunggu forum tu nanti..

Thanks N Regards
Admin.

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP