السلام عليکم

pa habaq semua ex-form 6 republic of Mashooreans Penang.. Disebabkan semua dah bertebaran kesarata dunia, so aku rasa dunia maya ni lah antara platform tebaik untuk kita sentiasa keep in touch even it's impossible. Ada antara kita masih berjumpa sampai sekarang dan ada yang terus teputus hubungan dan bawak haluan masing-masing. Maybe disebabkan oleh komitmen.Blog nie untuk kita semua ex-Form 6 kat SMKA AlMashoor (L) Penang tak kira lah geng STPM 2000 or STPM 2001, yang tak sempat ambik STPM pun termasuk skali or member2 lain yang penah hidup dalam zaman kami (Form 5 & 4, The Real BTP). So kalau hangpa ada apa nak bgtau, update perkembangan terbaru, jemput kenduri, hebahan umum, nak promo or kongsi bisnes, nak contact details or apa saja yg boleh diterima akal.. sila lah email ke.. mashooreansform6y2k@gmail.com

Dah Lama Dahhh....

>> Monday, 26 October 2009

السلام عليکم
Apa habaq semua.. amboi noo Dah Lama Dahhh tak update blog ni.. dah brapa kali dah aku kena smash ngan member2.. ok disebabkan Dah Lama Dahhh aku tak update, jadi otak aku ni pun agak tepu.. mcm kreta gak la bila Dah Lama Dahhh tak start, payah la skit nak hidup..

ok, posting kali nie aku ada la serba skit crita nak kongsi, masa raya ke 3 baru2 ni ada la beberapa geng2 kita yang sudi mai beraya kat teratak ayah aku di Baling.. dulu masa skolah rasanya 70% dari kita semua penah mai umah tok aku.. so umah ayah aku pun tak jauh dari situ.. Oleh hal yang demikian, rasanya hangpa suma masih ingat lagi la nak mai umah aku kan.. atau maybe dah lupa.. maklumla Dah Lama Dahhh tak jumpak.. apa pun thanks la kat sapa2 yang mai tu.. yang tak mai pun maybe ada comittment lain kan.. takpa che' paham.. tahun depan insyallah pakat2 mai la makna buah... pokok moktan ada sampai 13 pokok.. buah byk buruk atas pokok pasai terlampau byk.. lagi pun Dah Lama Dahhh kan tak mai mkn buah2an tempatan..

ha ha ni ada lagi satu story.. 2 minggu lepas aku ngan Theii p Changlooon makan knuri rumah Zaini KUIM.. so lepas makan Theii bagi idea apa kata kita p bukit kayu hitam.. aku pun pa lagi stuju ja lagi pun aku Dah Lama Dahhh tak pi sana.. Theii plak tak penah p (shhtttt jgn habaq kat orang lain).. nak di jadi kan crita kami pun pi la kompleks bebas cukai.. bila sampai ja kat Imegresen, kami pun kalut2 wak kluaq ic n nak apply visa sementara la konon.. ceh rupa2nya tak yah pun, Cik puan yang jaga kaunter tu tanya nak p mana, pastu dia ghenyih ja then bagi kami pi.. laaaaaaaaa senang ja rupanya.. ceh.. sebenaq nya ada bebrapa lagi kejadian aneh dan pelik yg berlaku sepanjang kami kat bebas cukai.. tapi biaq pi la dulu... apa pun aku sempat la upload beberapa keping gambaq untuk di kongsi..
** masa balik singgah Sg petani.. THeiii ajak makan RFC.. ayam goreng radix.. perrghh bole laaaa






























































Read more...

Salam Akhir Ramadhan & Selamat Menyambut Aidilfiti

>> Thursday, 17 September 2009

السلام عليکم




mmm lama gak aku buat posting baru.. hampir sebulan.. ha ha apa pun aku masih lagi berhubung dengan sebahagian dari sahabat-sahabat kita. Ok untuk post kali just nak ucap selamat... selamat tinggal ramadhan untuk tahun ini 1430 hijrah.. entah kita bertemu lagi ke tak tahun depan wallahu'alam.. dan moga moga segala amalan kita pada bulan ni banyak ka sikit ka semuanya diterima Allah s.w.t... mungkin ramai antara kita yang seronok sangat bila ramadhan nak habis, dan ada gak yang terasa sedih sangat..
Seronok sebab lepas nie boleh makan ikut suka..
seronok sebab nak balik bercuti..
seronok sebab nak buat open house
seronok sebab saling nak tunjuk kehebatan masing-masing..
seronok sebab nak makan lemang ngan ketupat.. dan mcm-mcm

namun ada yang...

sedih sebab rasanya amalan yang kita buat ciput jaaa..
sedih sebab kita tertidur n tak sempat nak qiyamullail..
sedih sebab hujung-hujung ramadhan baru kita terasa nikmat bulan ramadhan..
sedih sangat sebab dah tak sampai seratus rakaat solat terawih yang kita boleh tunaikan..
sedih sangat sebab mungkin kita tak bersungguh-sungguh atau tak terasa langsung nak cari Lailatul Qadar...
(Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.)

sedih sangat sebab kali mungkin kita tak beraya dengan seseorang yang tahun lepas ada ngan kita tapi kali nie...

mmm renung-renungkan lah..
apapun 1 syawal 1430 bakal menjelma.. mana boleh sedih-sedih.. tapi tak la boleh seronok sangat sampai tak ingat dunia.. ha ha ha

oklah dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf dari hangpa semua tak kira apa jenis kesalahan atau dosa sekali pun.. wei geng sorry la wie.. mintak ampun mintak maaf.. aku pun dah maafkan hangpa semua tak kiralah apa kategori dosa sekali pun..
tak lupa juga.. pada pelawat-pelawat, saya bagi pihak geng kalabulmalami (semua sekali) memohon ampun dan maaf kat hangpa semua sekali tak kira masa zaman silam dulu, termarah ka ter ragging ka .jgn marah noo.. kami cuma bergurau ja tu.. bukan sungguh-sungguh pun..

ok ALL,

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zoher dan Baathein..


Read more...

Zakat Fitroh Weii!! Jangan Lupa..

>> Wednesday, 2 September 2009

السلام عليکم

Salam ramadhan semua... tu dia pejam celik dah masuk minggu ke dua Ramadhan 1430 Hijrah.. sat ja rasa.. ni kat ofis aku pun dah mula berkumandang lagu - lagu syahdu hari raya.. hu hu hu [sapa nak stock lagu raya, emailkan request hangpa kat aku..]
Ok geng, untuk post kali nie bukan lagu raya yang nak aku coretkan tapi just nak peringat balik pengertian zakat fitrah.. maklum la.. setahun sekali.. kadeng kadeng tu kita dok bayaq ja zakat fitroh, tapi langsung taktau padia pengertian dia, syarat dia dan kalikasyen dia.. k lah nak crita lebih lebih pakat ngaji dah.. semua pak lebai dah.. ha ha tu tambah2 balrox tu ha ha jangan marah aaa..

ok geng, just nak kongsi...

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"
- Riwayat Muslim

KADAR FITRAH
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu yang paling afdhal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. Waktu haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal

sumber : www.e-zakat.com.my

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP