السلام عليکم

pa habaq semua ex-form 6 republic of Mashooreans Penang.. Disebabkan semua dah bertebaran kesarata dunia, so aku rasa dunia maya ni lah antara platform tebaik untuk kita sentiasa keep in touch even it's impossible. Ada antara kita masih berjumpa sampai sekarang dan ada yang terus teputus hubungan dan bawak haluan masing-masing. Maybe disebabkan oleh komitmen.Blog nie untuk kita semua ex-Form 6 kat SMKA AlMashoor (L) Penang tak kira lah geng STPM 2000 or STPM 2001, yang tak sempat ambik STPM pun termasuk skali or member2 lain yang penah hidup dalam zaman kami (Form 5 & 4, The Real BTP). So kalau hangpa ada apa nak bgtau, update perkembangan terbaru, jemput kenduri, hebahan umum, nak promo or kongsi bisnes, nak contact details or apa saja yg boleh diterima akal.. sila lah email ke.. mashooreansform6y2k@gmail.com

Pergi Tak Kembali [ Tribute to Ustaz Asri Rabbani]

>> Friday, 14 August 2009

السلام عليکم




In the tribute to Ustaz Asri Rabbani (a.k.a Nadamurni).

Aku mmg ada feel skit dan aku rasa hangpa suma pun ada feel yang sama.. mana tak nya semenjak kita lahir, kita dah dialunkan alunan nasyid-nasyid nurkilan ustaz asri dan sahabat dia yang lain oleh mak ayah kita.. kan. contoh dia asma ul husna la yg paling top skali.. hangpa try sebut tgk asma ul husna word by word tanpa disetakan dgn alunan nasyid..he he tak leh kan... sampai la kita besaq pun nasyid dia banyak yang kita masih ingat... kebetulan plak dalam simpanan aku masih ada beberapa lagu klasik dari nadamurni.. pergh mmg sedap gila..

Aku masih ingat lagi masa umuq aku dalam 9 ka 10 tahun dulu, aku pernah kongsi pentas ngan geng nadamurni.. masa tu quaters TNB buat majlis memperingati kekejaman serb kat rakyat bosnia kat padang kilat.. aku dari kumpulan nasyid anak2 dan pekerja TNB... kalau tak silap malam penghayatan apa tah tema malam tu.. woi siap masuk paper muka depan lagi aku tapi gambaq kecik ja la..

pastu bila ngaji pondok and dok asrama dulu pun, lagu nasyid depa ni yang kita dok nyanyi kan kan.. betoi dak .tu tambah tambah puak langgareans ha ha ha.. k lah apapun kita pakat sedekah la Al-fatihah kat Almarhum Ustaz Asri moga rohnya dicucuri rahmat..Amin..

k geng kat aku ada bebrapa lagu ustaz asri yang ori punya macam cita-citaku islam cemerlang, berkata benar, bila nur melimpah dihati, kasih sayang, rasul ibarat bulan purnama, sunnah orang berjuang, ulama pewaris nabi dan jasa guruku.. so sapa nak bagi email dia kat aku.. nanti aku send..

ni ada Bait lagu Kasih Sayang

Hati telah lama gersang
Dari siraman kasih sayang
Kerana hujan Iman sudah lama tidak turun
Kita tanamkan kembali
Budi penyiram kasih
Agar hati yang gersang
Gembur dan subur lagi

Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia

Bila hati gembur dan subur semula
Benih mahmudah akan tumbuh kembali
Iakan berdaun subur dan berbuah
Memberi manfaat semula kepada penghuni taman yang resah

Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terumbang ambing
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti
Bila kasih sayang tak dimiliki

Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia

Berkasih sayang perintah Allah
Diantara sifat Allah
Kasih kepada hamba-Nya
Allah sangat sayang kepada hamba yang berkasih sayang
Jalinkahlah kasih sayang untuk keredhaan-Nya
Hati sudah lama menderita kekosongan kasih sayang
Tanamkan semula jangan biarkan
Jangan biarkan berlama-lama
Sudah lama manusia hidup dalam derita lagi sensara
Ayuh kita suburkan semula
Kasihkan sesama sama manusia

والسلام





Read more...

...... H1N1 ما هو

>> Monday, 10 August 2009

السلام عليکم


ok Geng untuk post kali ni aku nak kongsi posting yang dibuat oleh abg joe kita.. aku copy sejibik sejibik..

Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico. Cilakak punya US!!!!...buat tahik xmau ngaku..

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi. Jgn jd cam bdk umh aku!!!! kentutpun ckp virusss...bengung!


Siapa yang berisiko

1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok.Kpd member2 yg besaq!!! hati2..
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas


Simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......
day 5 and above lung collapse @ koma...mengucapla byk2!!!!!!


Langkah2 kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11- utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin
.

P/S: Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.

Read more...

Masih Ingat kah Kita kat lagu ni....

>> Wednesday, 5 August 2009

السلام عليکم

Lagu Keramat hari Jumaat untuk semua Pelajar SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang..
termasuk yang tuang tak turun perhimpunan.. mustaqim @ Zubir mai baru hangpa nak kia.. ha ha
.. pa pun aku salute kat budak yang kentut masa cikgu zurina sound kita semua tiduq dalam kelaih..
balrox ngan najmi pun lena gak ha ha ha ha.. best student pun lena gak (Najmudin ) takkan kita tak lena dak???? Syed kita punya Legend takleh nak kata pa.. dia buleh heran pasai pa masa dia mula nak tidoq Cikgu lain, dia jaga dari tidoq cikgu lain.. pergh.. aku pun heran.. apa aku melalut nie.. post lain story lain..
anyway jom kita sama nyayi balik lagu nie..

bangun semua............. wahid, isnain, salaaaaaaaaaaasssa


المشهور مدرستنا
العرابيه لغتنا
النجاح هدفنا هو هدفنا وغايتنا
النجاح النجاح النجاح
token to:
(komposernya dan lirik oleh Ustaz Rosli Othman,
JPN Pulau Pinang
PhD UKM.
)

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP