السلام عليکم

pa habaq semua ex-form 6 republic of Mashooreans Penang.. Disebabkan semua dah bertebaran kesarata dunia, so aku rasa dunia maya ni lah antara platform tebaik untuk kita sentiasa keep in touch even it's impossible. Ada antara kita masih berjumpa sampai sekarang dan ada yang terus teputus hubungan dan bawak haluan masing-masing. Maybe disebabkan oleh komitmen.Blog nie untuk kita semua ex-Form 6 kat SMKA AlMashoor (L) Penang tak kira lah geng STPM 2000 or STPM 2001, yang tak sempat ambik STPM pun termasuk skali or member2 lain yang penah hidup dalam zaman kami (Form 5 & 4, The Real BTP). So kalau hangpa ada apa nak bgtau, update perkembangan terbaru, jemput kenduri, hebahan umum, nak promo or kongsi bisnes, nak contact details or apa saja yg boleh diterima akal.. sila lah email ke.. mashooreansform6y2k@gmail.com

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

>> Wednesday 22 July 2009

السلام عليکم

Utk posting kali nie aku ada info jawatan kosong yg bole dikongsi. bole la nak hebah2kan kat shabat handai or saudara mara


والسلام

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI KUMPULAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD


From: Human Capital SSO
Sent: Tuesday, July 21, 2009 5:00 PM
To: .All; .All GM
Subject: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI KUMPULAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Ruj Kami : (84) HR SSO/REC/Iklan/4 21 July 2009

YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan


Warga Telekom Malaysia

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa TM mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Aku dah zip and hangpa boleh download melalui link kat bawah nie:
http://www.xtremevault.com/727107132-tmjob.zip atau [click here]

KELAYAKAN PEMOHON
Kekosongan jawatan-jawatan di atas adalah terbuka kepada anggota-anggota Kumpulan TM, saudara mara dan sahabat handai, melainkan kekosongan bagi jawatan No. 1, 10 & 11 adalah terbuka kepada anggota-anggota Kumpulan TM sahaja
Bagi jawatan Assistant Manager, kekosongan jawatan juga terbuka kepada anggota-anggota TM Bukan Eksekutif (BE) yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda (HiQ) yang bersesuaian dengan kelayakan jawatan. Anggota-anggota terlibat mestilah telah berkhidmat tidak kurang dari 3 tahun dalam lantikan TETAP.
Semua pengisian jawatan bagi lantikan dari luar adalah secara Kontrak untuk tempoh tidak kurang dari satu (1) tahun sebelum dipertimbangkan untuk lantikan Tetap.

TARAF JAWATAN
Semua pengisian jawatan bagi lantikan dari calon luar adalah secara Kontrak untuk tempoh tidak kurang dari satu (1) tahun sebelum dipertimbangkan untuk lantikan tetap.
Semua pengisian jawatan bagi lantikan dari calon dalaman Kumpulan TM berjawatan tetap adalah secara lantikan tetap mengikut terma dan syarat TM.

CARA MEMOHON
Maklumat lengkap jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dinyatakan di dalam fail yang dilampirkan.

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui TM Online Recruitment, laman web pengambilan anggota TM di http://www.tmcareer.com.my Sebarang permohonan secara selain daripada yang tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon-pemohon tidak dihubungi atau menerima sebarang maklum balas dari kami dalam tempoh dua (2) bulan, adalah dianggap permohonan yang dikemukakan tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi HR Helpdesk 1-800-88-9779 atau emelkan kepada hrhelpdesk@tm.com.my


TARIKH TUTUP
02 Ogos 2009

Sekian. Salam hormat

"HAYATILAH KRISTAL KITA"

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP